Sunday, July 26, 2009

free sins everyone??

manusia diciptakan tidak sempurna

manusia memang berdosa sentiasa

manusia akan tergelincir dari landasan yang sedia kukuh

manusia selalu berhadapan dengan pilihan

antara pilihan itu benar atau salah, kita tak berhak untuk menghukum

biarlah hukuman di dunia ini hakim yang menilai, kenapa hukuman di akhirat pun kita nak tentukan sekali

kita ada pertimbangan untuk menilai, nilailah dengan akal, bukan dengan perasaan egoistic, kedungguan, ...

biarlah seseorang itu hidup dengan penuh makna dengan cara dia sendiri untuk mengenal Allah

biarlah dia meninggal dunia

tidak perlu kita menjatuhkan hukuman dengan segala pilihan ataupun cara hidupnya yang suda lepas

sudah nyata Allah itu Maha Kaya

cuma saat kita perlu sampai...

jadi dosa kita yang seluas buih-buih di lautan, ingat-ingatlah...

jangan kesalahan orang kita canangkan


Al-Fatihah to Allahyarhamah Yasmin Ahmad

May Allah protect he in the hereafter

Wednesday, July 22, 2009

minggu depan aku kena balik

31.07.09

hari jumaat next week, aku ishtiharkan diri aku kena balik kampung.

mak aku buat kenduri kesyukuran lepas solat Jumaat...

mak aku ni dah niat, lepas syarikat kami lulus PKK ngan Kewangan, dia nak buat kenduri doa selamat....

aku balik pun tak lama, sabtu aku kena balik KL, ahad tu aku ada test (menurut jadual)...

eeee... tak pelah...

adam pulak balik kampung minggu yg sama....

tak citer laie kat dia nih...

huh...

Thursday, July 16, 2009

macam mana ni ek... banyak sangat pilihan







aku nak bagi bf aku kek... sempena hari saja2 aku... hehehe...tapi banyak sangat pilihan corak... aku ingat nak bagi dia nagis tengok kek aku nak bagi.

aku pernah tempah kat anis backery ni... dia nya topping agak kemas...




aku nak balik kampung hujung minggu ni, aku ingat nak tempah wat kek untuk adik laki aku, tapi plak mak aku buat kenduri... agak2 nyer lah maunya tak cukup kek adik nanti .....

ishhh... nak tempah cup cakes ke nak tempah kek 1 kg kan... tapi dari kl ke perak tu aku nak bawak....

ke patut aku tempah kat kampar je... laie senang kan, tapi... aku mesti soh mak aku tempah.. bleh makan kek time kenduri malam tu nanti... fuh.....



Monday, July 6, 2009

bukan tak mau bagitau. malu la...

6.07.09

hari ni aku agak pening2... pening memikirkan masalah... bukan laie masalah bercinta. ni masalah mana aku nak cekau atau pinjam atau pun haruskah aku mengeluarkan duit dari tabung haji untuk bayar yuran blaja aku ni

bukan sikit, tapi kena bayar 2 ribu ++ untuk register subjek sem depan. sem depan tu adala 11.07.09 ni.. adakah aku harus bersikap terus pening2? date line dah ni baiiiii!!!

dalam pale aku ni, nak sangat minta duit kat mak aku. tapi aku malu la sangat. sebab aku malu adalah, aku belajar ni pun sebab kehendak aku, tak kan lah aku nak susahkan dia baiiiii... baru je adik aku masuk U hari tu, ni kan pulak nak tolong aku (tu yang aku pikirkan).

adalah juga aku pikir sumber2 dana lain... tapi macam tak perlu je...

sampailah malam tadi... aku tido awal dulu. penat sangat... macam mana nak baca buku kalau otak da penat..

lepas solat isyak, aku tido sat... tetiba, mak aku call (time ni da hampir lena)....

so, lepas dia sembang ngan bertanyakan aku soalan... dia cakap 'ha, ngapa tak daftar lagi kelas?'

'alahhhh, hahahaha... tak cukup duit nak daftar la mak...nanti la bayarlah'

'hishhhh, kamu ni jangan nak buruk laku. berapa yang nak bayarnya?'

'alahhhh...segan la nak bagitau mak, takpe nanti la bayarlah....'

memang time ni aku kena nasihat secara halus nya 'laia kali tak de duit bagitau mak, mak bukanya tau kamu susa ke tak kat sana.... takpe esok mak masukkan. lain kali jangan nak senyap je....'

alhamdulilah..time ni air mata aku dah bergenang da ......

lepas 10 minit abah aku call. alamak! ni aku rasa macam mak aku ada citer je....

'ha, napa bah?'

memula dia citer pasal macam mana nak g ampang.. pastu dia start dah... 'betul ke kamu tak de duit nak daftar ni?'

'alahhhh...ada, tapi tak cukup je... ok je...'

'apa plak ok! jangan la buat abah risau....'

' takpe, esok abah soh mak masukkan 2ribu. pakai duit ni daftar belajar nanti tau.'

- time ni aku punyalah malu.... aku ngan abah aku ni walaupun asyik gelak2 tapi aku segan nak susahkan dia -

'abah tak suka kamu senyap je tak de duit...'

alhamdulilah... aku tak tau nak ucap apa laie malam ni... masa abah aku cakap, aku dah bergenang air mata... tak sampai hati aku nak susakan mereka sebenarnya ni.....

7.07.09

pagi2 aku dah bagi no akaun kat mak. dia selalu kuar awal, nanti kalau dia call aku, lagi lah aku malu.... lepas aku bagi no akaun, aku terus shoot g kerja...

sampai ke ke compound tempat kerja aku, mak call... adalah dia cakap...
pastu... ayat ni memang kali ke 2 aku dengar. masa pertama aku dengar time aku kat sekolah teknik

'kalau ada masalah je bagila mak, anggap mak ni kawan... takpe, kalau mak susah takpe, mak tak nak anak2 mak susah. kalau mak susah mak tau nak cari duit kat mana. kalau anak2 mak susah, kamu semua nak minta tolong spa..... lain kali jangan nak buat senyap je tau... '

so, aku agaknya emo la hari ni... aku bukan tak nak bagitau, tapi aku segan... sebab mak ayah kan... tu sebab, aku tengok adik2 aku pun jenis segan nak minta tolong mak aya aku, sebab mereka ni terlalu baik sangat...

tak tahu la, bagaimana aku nak balas jasa mak ayah aku...