Tuesday, February 16, 2010

Melawat kubur arwah...

14.02.2010

Kalau tak silap hari ni hari Tahun Baru Cina.. dan aku g ke Taiping. Hari persandingan kawan Adam, EJ.

Gambar aku dah upload di Facebook. Agak meriah gila, dengan suasana panas terik, aku ni bersabarlah menunggu kehadiran pengantin datang.....

'Yang2, ada kompang tak?' aku suka sangat ada kompang... tapi yang real lah ok. Rasa macam klasik sangat kalau ada kompang, baru kampung beb..

'Ada....' dia senyum, yakin.

Pukul 1.15pm baru nampak pengantin (sebab aku nampak bunga manggar)..... pastu ada bunyi kompang.. tapi kompang tak ori, kompang minus one....... huhuhu.... Adam senyum je... ceh,...

Hakikatnya, pasangan pengantin memang cantik.....

Petang selepas wedding, kami g jalan2 di Taiping... tapi bukan itu yang aku nak kongsi kan...

Aku nak kongsi, perasaana aku semasa dia kata ' Nak tengok kubur arwah mak yang2?'

Aku balas.... 'Nak'

Memula kami hanya duduk dalam kereta bila dah sampai.... pastu dia macam nak g turun je... So, aku follow dia dari belakang... Aku agak takut, bukan sebab kubur.. aku takut sebab aku sebak....

'Ni lah kubur mak....' Dia usap pohon2 pokok yang berada di kubur arwah... Aku lihat kubur mak dia, simple je, tak ada hiasan... cuma hanya dijaga dengan baik....

Aku lihat dia..... bergenang air mata dia... Air mata aku pun sama, aku rasa syahdu, rasa terharu, rasa...... Rasa disyangai... Dan rasa bertuah....

Jarang rasanya ada orang nak bawa aku g kubur orang yg dia sayang.....

Time tu.. ingat lah kita..... Sayangi lah sesiapa pun yang masih hidup ini... belajarlah untuk sayang orang lain... Aku pun sedang belajar untu menyangi orang lain... cuba untuk hargai orang lain... walaupun dia kafir sekalipun.... ( yang ni aku cuma nak sayang, walau pun macam tak ikhlas, tapi aku try lah......)

Thursday, January 21, 2010

disaster

semalan befday dia,
semalam juga aku...kecilkan hati dia
sampaikan dia boleh katakan 'pergilah tido, tido tu kan lagi penting, esok nanti mengantuk...'

errrmmm...
apa yang nak aku kata?
nak ke aku membela diri
yang dah pasti 'aku yang salah?'

tahu ke dia aku bersengkang mata nak wish befday pada dia

teruk sangat ke aku ni? sampaikan begitu dia sound aku

pasal tido pun nak ungkit.... dulu tak pun

maybe befday dia kan, so aku ni ibaratkan macam tak serious lah kot bagi dia

hati aku ni 'Ya Allah, kuatkan lah hati aku dalam mencintai diri dia...'

Wednesday, November 11, 2009

hati aku ni!

aku rasa macam org buduh lah....
please lah fara...
get up!!!!!
jangan nak dokkkkk tingat dia !!!
dia dah jadi laki owg dahhhhhhh...
huhuhu... sedih....
ko ni macam 'mimpi yg tak sudah'

akhirnya...tua nya masa memberikan dia yang terbaik..amin

Selagi aku tak luahkan, aku tak boleh concentrate study utk paper ahad ni

Sejak berita dia kawen aku tahu, aku berfikir je.. atau sebenarnya terkenang…

Berkira2 aku..perlu ke aku hapuskan kenangan aku dan dia biarpun sebenarnya dalam diri aku ni, pengaruh dia sebenarnya masih kuat

Terlalu banyak kenangan yg perlu aku buangan, satu demi satu perlu aku hapuskan serta merta.. perlu pantas.. tipu kalau aku tak pernah tak berfikir tentang dia. arghhhhhhhh

Selepas aku berpisah dengan dia, aku hidup dalam kenangan, kekuatan aku mencari cinta pun disebabkan dia

kemudian, aku tekad....

Aku nak tebus balik kesilapan dlam percintaan aku dengan seseorang yg aku komitedkan hidup aku untuk dia

Doa aku akhirnya ‘..ya allah, aku redha andai tiada jodohku dengan dia, aku lepaskan dia dalam hidupku..’ alhamdulilah.. setelah hampir 2 tahun aku hidup dalam penyesalan dan air mata hampir setiap malam, allah pertemukan aku dengan kekasihku kini…

Dan aku percaya, allah juga telah berikan dia jodoh yang terbaik untuk samsul. Dan merekalah yg terbaik untuk hidup ini…

Kalau aku abadikan atau letak gambar first date aku ngan dia kat blog ni melampau tak? Hahahaha… aku rasa melampaulah gak… mau nya kena serang ngan parang dek bini dia…

Tapi, pedulik apa aku...



gambar ni lah satu2 nya yg paling best sekali selama aku dengan dia. time ni aku dan kawan2 dia pergi konvo ke mana ntah, tapi ni lah first trip aku dengan kawan2 dia. kawan2 aku juga sebenarnya...

kami singgah di batu feringgi, penang...

cerita aku dan dia...? nanti aku ceritakan... kerana kenangan boleh luput dalam tuanya masa.

Tuesday, November 10, 2009

kawan lama aku dah kawin

kawan ko dah kawen, ko bila lagi? --> wadie tinggalkan msg kat friendster aku..

tergamam aku. biar beno si wadi ni. aku ni banyak kawan..kawan yg mana..

samsul saibon lah..hehehe --> wadie reply

.......

senyap betul aku kat opis. ha? mamat tu dah kawin. bila?

time raya, ko tak tau ke? --> wadi bagi sms pulak

......

ya aku tak tahu pun.

org yg aku pernah cinta dulu dah kawin. yang aku kecewakan dulu dah kawin. yang pernah aku harapkan hubungan aku dan dia kembali pulih... dah kawin.

ok ok.. kami memang kawan.. dan aku anggap dia sabagai seorang kawan dah sekarang..

tapi persoalannya.... cepatnya ko dah kawin. sapalah isteri bertuah ko tu ya....

Wednesday, November 4, 2009

pagi yg agak merisaukan

5.11.09

Pagi ni aku ke opis ngan nad. sebab aku dok teman kan minah ni kat umah dia. rumah baru..ala ala citer Tower 13. wahahaha....

Aku ke opis hari ni dengan perasaan yg biasa2 sahaja...

Kemudian aku membuat kerja2 opis dalam keadaan separuh malas..kerana separuh rajinku aku nak simpat last2 minit sebelum benti kerja.. wahahahaha.. erkkkk

Aku dapat messaga dari adik aku

Along...fuyo iwan jawab semua soalan matematik structure. tima kasih. 11.20am

Bergenang air mata aku...

Solat subuh tadi aku berharap sangat Allah dapat mempermudahkan dia jawab soalan exam dia. Last sem.. tak kan nak repeat papar lagi...

Aku harap lepas ni, dia berjaya dapatkan Diploma dia.. at least...dia belajar sesuatu...

Tuesday, August 4, 2009

kenduri doa selamat dan kesyukuran

30/julai/2009

ni semua adalah catatan perjalan yg amat rush dan agak sakit pinggang aku dari Bangi ke Perak. Agak2 lepas kerja aku terus la memandu... sebelum tu menelefon bf adalah perkara wajib sebelum bertolak.. wajib mendengar ceramah2 keselamatan jalan raya dulu...


'ling, jangan lupa baca doa, selawat tau.. ha tayar dah pam angin lom?'

' dah semua dah..'

'yer ke dah... macam la baru kenal ling2 tu semalam.. dah2 g pam tayar dulu..janji!' bos berkara demikian...

kat tempat pam tayar Shell otw ke tol Sungai Besi.
sempat gak aku masuk 7-E beli air rebina kotak. sebab yg lain2 agak mahal dan tak munasabah!!
oficially aku bertolak dalam kol 6.30pm dan sampai plaza tol kat duta kol 6.30pm
agak pantas...
dalam agak tak jam...

ni pekan tempat aku stay.. dalam jam 8.30pm..malam jumaat
pekan agak lama lah
dah sampai je pekan ni aku dah bersyukur..selamat perjalanan aku
dalam seram2 sejuk gak lah ....


ni situasi pagi jumaat 31 Julai 2009
ni gambar dah siap masak sume... chef nyer mak aku ngan makcik aku ngan penolong dia
aku? time ni aku ambik gambar je...


ni gambar aku goreng belacan... motif nak buat sambal buah kuinun
perghhh... jangan cakaplah sedap dia
memang sedap... mantap
tengoklah aku kan yg goreng


ni situsi kat luar lepas doa selamat dan kesyukuran
alhamdulilah, ramai orang bagi semangat dan datang time kenduri ni
tapi mak aku kata, kenduri kecik, tapi dia nya entertain macam nak buat kenduri tunang aku lagi 1 ni...
wa....... terbilang sungguh!!


ni gambar aku ngn dulang
aku amat gembira sekali sebab dapat pegang dulang ni
motif??
ntah..... hahahahaha