Tuesday, February 16, 2010

Melawat kubur arwah...

14.02.2010

Kalau tak silap hari ni hari Tahun Baru Cina.. dan aku g ke Taiping. Hari persandingan kawan Adam, EJ.

Gambar aku dah upload di Facebook. Agak meriah gila, dengan suasana panas terik, aku ni bersabarlah menunggu kehadiran pengantin datang.....

'Yang2, ada kompang tak?' aku suka sangat ada kompang... tapi yang real lah ok. Rasa macam klasik sangat kalau ada kompang, baru kampung beb..

'Ada....' dia senyum, yakin.

Pukul 1.15pm baru nampak pengantin (sebab aku nampak bunga manggar)..... pastu ada bunyi kompang.. tapi kompang tak ori, kompang minus one....... huhuhu.... Adam senyum je... ceh,...

Hakikatnya, pasangan pengantin memang cantik.....

Petang selepas wedding, kami g jalan2 di Taiping... tapi bukan itu yang aku nak kongsi kan...

Aku nak kongsi, perasaana aku semasa dia kata ' Nak tengok kubur arwah mak yang2?'

Aku balas.... 'Nak'

Memula kami hanya duduk dalam kereta bila dah sampai.... pastu dia macam nak g turun je... So, aku follow dia dari belakang... Aku agak takut, bukan sebab kubur.. aku takut sebab aku sebak....

'Ni lah kubur mak....' Dia usap pohon2 pokok yang berada di kubur arwah... Aku lihat kubur mak dia, simple je, tak ada hiasan... cuma hanya dijaga dengan baik....

Aku lihat dia..... bergenang air mata dia... Air mata aku pun sama, aku rasa syahdu, rasa terharu, rasa...... Rasa disyangai... Dan rasa bertuah....

Jarang rasanya ada orang nak bawa aku g kubur orang yg dia sayang.....

Time tu.. ingat lah kita..... Sayangi lah sesiapa pun yang masih hidup ini... belajarlah untuk sayang orang lain... Aku pun sedang belajar untu menyangi orang lain... cuba untuk hargai orang lain... walaupun dia kafir sekalipun.... ( yang ni aku cuma nak sayang, walau pun macam tak ikhlas, tapi aku try lah......)

Thursday, January 21, 2010

disaster

semalan befday dia,
semalam juga aku...kecilkan hati dia
sampaikan dia boleh katakan 'pergilah tido, tido tu kan lagi penting, esok nanti mengantuk...'

errrmmm...
apa yang nak aku kata?
nak ke aku membela diri
yang dah pasti 'aku yang salah?'

tahu ke dia aku bersengkang mata nak wish befday pada dia

teruk sangat ke aku ni? sampaikan begitu dia sound aku

pasal tido pun nak ungkit.... dulu tak pun

maybe befday dia kan, so aku ni ibaratkan macam tak serious lah kot bagi dia

hati aku ni 'Ya Allah, kuatkan lah hati aku dalam mencintai diri dia...'