Friday, June 12, 2009

things getting better

setelah sekian lama masalah mental melanda otak aku ni. alhamdulilah aku rasa semakin better.
aku dah citer kat nad yg soul aku hilang.

no more motivation..


dia kata 'ko tak leh terus macam ni, cari balik soul ko. diaorang bukan tahu masalah kita!'


ok.. so, aku terus dibuai ngan derita kemalasan ni. so?


petang tadi, ngah layan buat kerja recommendation payment. sebenarnya aku dah tak de mood nak buat. macam baru je bulan lepas aku buat...


my senior exec datang 'fara, are u ok, u done lost of mistake in this bill'


errrr...aku pun pelik. aku tengok balik bill tu, ya allah, apa punya mangkuk la aku ni. bapa kali pembetulan aku buat, still mistake. buduh!!


aku jadi biol jab. terduduk, terdiam aku merenung bill mangkuk ni..
arghhhhh..... tensen betul!

aku ambik keputusan yang sekian lama aku nak buat. cuma masa dan keberanian tak memihak pada aku tetika itu, tapi pada saat ini aku pasti, ini keputusan paling berani perlu aku buat!

memula berlakon dulu g kuar opis, relek jab, ambik angin...

pastu ... 'mr e, do u have a minute. are u bz?'

dia pandang muka aku 'no, why?'

'well, i need to ask u something, an opinion'

so, aku mulakan apa yang aku nak tanya, aku luahkan apa yang terpendam dalam jiwa aku, masalah mental aku, masalah di pejabat. pendangan aku pada situasi yang kadang2 membunuh jiwa aku sekarang ... aku agak super mengeletak juga pada masa tersebut, sambil memegang tidu takot hingus kuar...

apa yang aku tanya dia?

rahsia.

tapi, aku rasa berbaloi aku beritahu dia... sampaikan, apa yang dia katakan pada aku, aku terasa dalam hati... bukannya salah, tapi betul.

secara tiba2 aku menitiskan air mata depan dia. depan senior aku...

'dont cry...' dia leh kata kat aku macam tu. 'now, i know your problem. u are not lazy fara, but u have ur mental sickness right now. if u dont solve ur problem, it will make u sick...'

perghhh lagi la aku rasa berbaloi untuk menangis...

pada time tu, aku rasa nak keluar dari bilik dia, dan aku rasa habis nya sesi kaunseling free. tapi bleh plak dia tahan aku 'fara, sit here. if u go, ur feeling will getting worst...'

so....aku duduk la dalam bilik dia almost an hour. macam2 dia nasihatkan aku.

dia kata 'you cannot please anyone. jika u rasa terasa, just ignore them.. senyum saja..'

'suatu hari nanti, bila u dah keluar daripada company ini, u tak akan ingat lagi pada mereka. mereka bukannya adik beradik yang akan bersama dengan kita... mereka hanya orang luar. so, apa sahaja yang mereka lakukan adalah berdasarkan luas pandangan mereka sahaja... abaikan jika mereka make u sick'

'i now, u ni macam lain dari pada yang lain dalam ofis ni. u jenis girl yang tak suka nonsence kan. mengarut... u jenis rasional'

'fara... awak perlukan rehat...'

p/s : nothing else matter

Sunday, June 7, 2009

dua hari agak2 nya memang jauh menyimpang dari rancangan asal.

malam jumaat memang nak ke mcd untuk mencari idea menulis blog... perasaan penuh ngan kerunsingan. malam tu jug kawan aku, nirah telefon aku, nak ke g kenduri cik eta. erk....

hajat di hati nak g. tapi, jauh. bukan alasan sengaja aku berikan, tapi memang jauh... sapa aku nak ajak pun? nirah? dia pulak tak diajak.... adeh...

dalam lebey kurang 15minit dia sembang, dia bagi aku cadangkan 'ko ambik kertas, pastu ko catatkan tahun2, yang ko nak achive, yg ko hasratkan, insya allah menjadi'

hehehe..macam tangkal pulak.

semuanya bagi aku adalah mindset dan target.

aku da ke target?

yes! aku memang ada target dalam hidup aku. ada target untuk keluar dari kepompong keselesaan aku.... 100%.

sekarang aku nekadkan hati, aku akan try untuk cari better job untuk aku dalam tahun ini. aku harap aku mampu untuk bertahan di dalam suasana kerja aku di pejabat.... aku sayang dengan rakan2 kerja aku yang lain. aku amat menghormati yana, kak nad, fazli, dan rakan2 senior seperti pian. tapi yang lain2 tu, ntahla.... aku rasa... im not among them to speak up...
aku memang jahat kerana memilih kawan, tapi jahat lagi untuk parasit yang tak mampu menilai diri sendiri. aku sayang kan supervisor aku, tapi... ntah lah...

aku sebenarnya, kalau dah tak tahan sangat, aku sembatkan earphone je... dengar lagu. aku malas sangat nak dengar apa2 topic. sebab, biasalah 'kak fara kan cepat terperasan'.... sebab tu jua, aku rasa dengan pemergian aku nanti, atau bila2, akan membuka lebih ruang sosial mereka...

sampai mana kita nak berharap pada kawan untuk hidup. sampai mana kita nak menyusahkan diri untuk menyenangkan pihak lain?

hidup memerlukan risiko. doakan aku untuk berjaya dalam cita2 aku. semoga aku dapat menjadi seorang yang berjaya dalam tempoh 5 tahun lagi. walaupun tempoh 5 tahun agak panjang...macam2 boleh terjadi. tapi, itulah manusia, merancang, tapi rancangan allah lebih hebat.

p/s: aku dengar macam2 berita atau ramalan pihak ketiga tentang masa depan. salah satunya, israel akan bermahajaralela dalam memegang pretasi kewangan dunia selepas mata wang amerika jatuh. correct me if my opinion wrong.

malam sabtu aku demam

5.6.09 Friday

aku terasa pening time dekat opis jumaat lepas. aku masuk lambat. aku g TNB bayar bill letrik yang sepatutnya dibayar lama laie. ni gara2 peti meter umah aku rosak. semuanya berjumlah rm712.20 aku kena bayar.

sampai di opis lebey kurang 9.15am. sepatutnya kalau lambat memang aku kena bagitau supervisor aku, tapi that day dia tak tak datang. so, aku hanya bagitau co-workers aku saja. dia pun tak datang jumaat tuh... aku tawakkal aja lah masuk opis.

aku sejak2 aku ala2 diboikot. ish boikot ke.. ataupun sejak aku tau ada sesetengah pihak tak suka aku, aku rasa malas nak g opis... kadang2 aku salahkan diri aku kerana sifat aku yg memang tak suka meramahkan diri. tapi, ni dah sikap aku. tapi, sejak wujudnya connection aku ngan qiellah semakin kuat, aku syak ada orang tak senang ngan perasaan serta tindak tanduk aku.

nama aku pun, dia dah macam tak nak sebut... memula terasa juga hati, tapi nak buat apa, aku hanya memujuk diri aku supaya terima saja. kadang2 nak menitis gak air mata aku, tapi aku kata 'tak kan sebab mulut parasit tu ko nak ambil hati, ada dia sedar mulut dia macam tu...'

orait..... dalam kol 12.00pm b4 lunch, one of my senior exec tegur aka tanya kenapa aku lambat masuk opis. ni sebab aku sampai opis tak der sapa yang bukak lambu di bahagian kerja aku, memang la kantoi, aku agak angin. takkan tak der sapa bukak kot....? memang mementingkan kerja sendiri....agak keterlaluan mungkin, tapi itulah yg benarnya, semua orang mementingkan kerja masing2...semuanya hanya nak menjaga hati kroni masing2.... anyway, aku terangkan lah pada dia. then dia start berceramah, agak gentle dia cakap...tapi apakan daya. aku tak dapat terima nasihat dia... bukan sebab ego. tapi sebab bagi aku tak adil la. adil kalau dia pun tegur pekerja lain yang masuk lambat kerja juga, aku boleh terima. tapi, aku pula ditegur. mungkin sebab kerja aku sebagai seorang admin, dok kat opis 8jam sehari, dia tegur la kot... mentang2 budak2 lain senior. selalu keluar site, dia tak kira pula...

so, 12.15 aku dah masuk surau, g tido awal. aku sakit hati gak, dalam banyak2 nasihat dia, dia sentuh pasal disiplin. menegur disiplin aku didalam opis. ya, disiplin aku, aku dah tau semakin menurun... wah mengaku pula ko yer... tak lah.... aku rasa masih ditahap aku tak kurang hajar lagi dengan sapa2, tapi bila aku ukur prestasi kerja aku bulan2 kebelakangan ini, semakin membimbangkan aku..

aku rasa banyak kerja2 aku semakin bertangguh atau tak buat langsung. aku tak takot bos ke? aku takot gak...tapi aku serius kehilangan integriti dalam worktask aku. aku salahkan diri aku... mungkin aku dah tak der hati untuk buat kerja kat pejabat aku.... dan semua perkara ini berlegar diokepala aku sepanjang jummat lepas... aku jadi pening.... aku menjadikan diri aku sendiri terpencil dengan keseronokan bersama rakan2 sekerja aku.... kenapa? sebab aku rasa aku banyak buat salah pada mereka, disamping aku rasa aku semakin tidak mampu bertahan disana.

balik rumah, aku terus demam. bf taku tanya kenapa suddenly aku demam, aku bagi alasan cuaca. tapi sebenarnya, aku berfikir perkara yang tak sudah. aku tak nak cerita situasi ini pada sesiapa, aku hanya mampu untuk menaip di blog.. semua aku simpan dalam otak aku jer. so pada 7.06.09 ahad pada hari ni, aku boleh menulis segalanya...

semakin lama, semakin menjadi perasaan untuk mencari kerja lain, tapi usaha tetap usaha, namun masih terkapai2 mencari arah tuju.

sampai ke aku ke arah cita-cita aku yang sebenarnya? dalam situasi ini, aku rasa aku perlu mengundur. ibaratkan hijrah nabi muhammad ke madinah... aku perlu mencari tempat aku untuk memulakan satu kehidupan yang lebih baik dan positif.....

p/s: aku tak pasti aku ada ke silent reader dari kalangan offiice mate, tapi aku seyes minta maaf. aku tak sesuai untuk bergaul dengan korang. aku amat menghormati korang. cuma kadang2 aku rasakan pressure berada di lingkungan manusia parasit!!

Tuesday, June 2, 2009

jom bergambar


Kata-kata hikmah di la menyebabkan aku tak berhenti kerja sampai sekarang. bawak2 pikir balik apa yang penting dalam hidup aku sekarang... kalau aku terasa pun dengan kata-kata parasit tu pun, ko sumbat je telingga ngan putik kapas




ni plak gambar class tahun 2001, Pengajian Kejuruteraan Mekanikal 4. Timeni aku penolong ketua kelas, tapi dah rasa semua kerja aku buat...


ni plak gambar masa gi site, time ni bos suruh, kalau tak terperap lah aku kat dalam opis tuh. alhamdulilah, setakat ni ilmu site masih ada dalam pale otak aku...
hujung kanan gambar di makeup oleh kak izah... dah dok singapore, tak tau dah deliver baby ke belum. dia tu baik, rasa serba salah plak aku salah paham ngan dia dulu...



time ni bukak pose kat penang





time bukak pose kat hotel uniten ngan budak2 opis. aku rasa, setakat ni, ini jer lah budak2 yg aku rapat... thanks guys






ni kawan baik aku setakat ni. yang boleh tahan ngan aku. kami dah kawan since ambik sijil kat poli dulu, rasanya dah 8 tahun kami berkawan. jatuh bangun aku, alhamdulilah dia ada...




gambar terbalik plak!! ni kat taman burung KL. baru je petik. last month maybe.... best gak g sini...happening!! dapat main ngan ikan koi. adam suka sangat ngan ikan, siap beli popcorn bagi ikan tu makan... dapat tengok dia gelak2 pun aku rasa hepi, at least dia ok lah skit pikir barang dia hilang yg lepas tuh. time nih aku terserempak ngan finalis akademi fantasia.



kete aku lepas diganti tayar sebanyak 4 bijik... adam n me di melaka last year... ntah.. maybe last 2008...











ni spec baru.... harga... setengah gaji aku... nampak sangat gaji aku sikit kan.. . aku beli and tempah kat IOI Damansara... buat kat bangi aikkk mencekek harganya...tak berjenama pun harga melampau2