5.6.09 Friday
aku terasa pening time dekat opis jumaat lepas. aku masuk lambat. aku g TNB bayar bill letrik yang sepatutnya dibayar lama laie. ni gara2 peti meter umah aku rosak. semuanya berjumlah rm712.20 aku kena bayar.
sampai di opis lebey kurang 9.15am. sepatutnya kalau lambat memang aku kena bagitau supervisor aku, tapi that day dia tak tak datang. so, aku hanya bagitau co-workers aku saja. dia pun tak datang jumaat tuh... aku tawakkal aja lah masuk opis.
aku sejak2 aku ala2 diboikot. ish boikot ke.. ataupun sejak aku tau ada sesetengah pihak tak suka aku, aku rasa malas nak g opis... kadang2 aku salahkan diri aku kerana sifat aku yg memang tak suka meramahkan diri. tapi, ni dah sikap aku. tapi, sejak wujudnya connection aku ngan qiellah semakin kuat, aku syak ada orang tak senang ngan perasaan serta tindak tanduk aku.
nama aku pun, dia dah macam tak nak sebut... memula terasa juga hati, tapi nak buat apa, aku hanya memujuk diri aku supaya terima saja. kadang2 nak menitis gak air mata aku, tapi aku kata 'tak kan sebab mulut parasit tu ko nak ambil hati, ada dia sedar mulut dia macam tu...'
orait..... dalam kol 12.00pm b4 lunch, one of my senior exec tegur aka tanya kenapa aku lambat masuk opis. ni sebab aku sampai opis tak der sapa yang bukak lambu di bahagian kerja aku, memang la kantoi, aku agak angin. takkan tak der sapa bukak kot....? memang mementingkan kerja sendiri....agak keterlaluan mungkin, tapi itulah yg benarnya, semua orang mementingkan kerja masing2...semuanya hanya nak menjaga hati kroni masing2.... anyway, aku terangkan lah pada dia. then dia start berceramah, agak gentle dia cakap...tapi apakan daya. aku tak dapat terima nasihat dia... bukan sebab ego. tapi sebab bagi aku tak adil la. adil kalau dia pun tegur pekerja lain yang masuk lambat kerja juga, aku boleh terima. tapi, aku pula ditegur. mungkin sebab kerja aku sebagai seorang admin, dok kat opis 8jam sehari, dia tegur la kot... mentang2 budak2 lain senior. selalu keluar site, dia tak kira pula...
so, 12.15 aku dah masuk surau, g tido awal. aku sakit hati gak, dalam banyak2 nasihat dia, dia sentuh pasal disiplin. menegur disiplin aku didalam opis. ya, disiplin aku, aku dah tau semakin menurun... wah mengaku pula ko yer... tak lah.... aku rasa masih ditahap aku tak kurang hajar lagi dengan sapa2, tapi bila aku ukur prestasi kerja aku bulan2 kebelakangan ini, semakin membimbangkan aku..
aku rasa banyak kerja2 aku semakin bertangguh atau tak buat langsung. aku tak takot bos ke? aku takot gak...tapi aku serius kehilangan integriti dalam worktask aku. aku salahkan diri aku... mungkin aku dah tak der hati untuk buat kerja kat pejabat aku.... dan semua perkara ini berlegar diokepala aku sepanjang jummat lepas... aku jadi pening.... aku menjadikan diri aku sendiri terpencil dengan keseronokan bersama rakan2 sekerja aku.... kenapa? sebab aku rasa aku banyak buat salah pada mereka, disamping aku rasa aku semakin tidak mampu bertahan disana.
balik rumah, aku terus demam. bf taku tanya kenapa suddenly aku demam, aku bagi alasan cuaca. tapi sebenarnya, aku berfikir perkara yang tak sudah. aku tak nak cerita situasi ini pada sesiapa, aku hanya mampu untuk menaip di blog.. semua aku simpan dalam otak aku jer. so pada 7.06.09 ahad pada hari ni, aku boleh menulis segalanya...
semakin lama, semakin menjadi perasaan untuk mencari kerja lain, tapi usaha tetap usaha, namun masih terkapai2 mencari arah tuju.
sampai ke aku ke arah cita-cita aku yang sebenarnya? dalam situasi ini, aku rasa aku perlu mengundur. ibaratkan hijrah nabi muhammad ke madinah... aku perlu mencari tempat aku untuk memulakan satu kehidupan yang lebih baik dan positif.....
p/s: aku tak pasti aku ada ke silent reader dari kalangan offiice mate, tapi aku seyes minta maaf. aku tak sesuai untuk bergaul dengan korang. aku amat menghormati korang. cuma kadang2 aku rasakan pressure berada di lingkungan manusia parasit!!
6 years ago
No comments:
Post a Comment