Tuesday, February 10, 2009

kita tahu, tapi selalu buat-buat tak nak faham kan

Tidak ada manusia yang berjaya tanpa halangan..
Tiada manusia yang inginkan kegagalan..
Tapi pernah tak kita fikir, kenapa kegagalan tu terjadi kat kita?

Aku ni salah seorang yg slalu bertemu kegagalan.
Bukan sikit kegagalan..
Tapi alhamdulilah, kegagalan itu sedikit sebanyak mengajar aku menjadi budak pompuan yg lebih baik pemikirannya dan insya allah, lebih baik dari orang yg yak pernah merasa gagal.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar(Al-Baqarah:155)
Aku memetik kata bijak pandai agama melalui ruangannya...
Berbahagialah ketika selama hidupnya, manusia selalu dihadapkan dengan halangan. Kerana, janji Tuhan, Dia tidak akan memberikan kesulitan di luar batas kemampuan manusia itu sendiri. Kesulitan hidup, pahitnya hidup sepatutnya menjadi sarana menuju martabat yang lebih tinggi. Hanya dengan "mendaki" lebih tinggi dan lebih tinggi lagilah, manusia akan mampu memahami hakikat kehidupan yang luas ini
Firman Allah
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebaajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir".
(QS; Al-Baqarah:286)
Optimislah!!
bf aku cakap kalau kita bercinta kerana ikhlas..
insya allah akan kekal lama...
jika kita ikhlas hadapi semua masalah kita..
allah akan tunjukkan jalan
jangan kita terlalu menjadi manusia ego untuk berdoa
bertawakal
kerana semua yg berlaku adalah izin allah
sehelai daun gugur pun atas izin allah..
inikan pula
masalah manusia....

1 comment:

  1. belajar dari kesilapan dan pelajari sesuatu dari kegagalan. teringat pesanan 'seseorang' lihat peluang dalam masalah. cuba renung2kanlah dan cuba fahami akan maksudnya...

    Sebagai manusia biasa kita tak kan terlepas dari semua tue apa pun ingat!!! jangan sesekali kita membenarkan masalah membelengu diri kita.Dan percayalah kita tak kan dapat memendam sesuatu dengan lebih lama kelak ianya akan memakan diri sendiri. Carilah orang di sekeliling anda yang anda percaya.

    ReplyDelete