Tuesday, March 17, 2009

hari ni aku berbaju kurung oren. tetapi, pagi2 lagi aku ditelepon oleh aishah. siapa aishah?


aku nulis ni lepas aku ceritakan apa yg berlaku kat aku pd selepas pukul 10.42am tadi.
aku mengeletar. seyes...
aku tak la takot pun. cuma aku tak percaya. seyes...
lepas2 jer perbualan yg ambik masa 30minit tu berlangsung, aku masuk dalam opis, dan terus pegang tangan Qielah...

'weh, kuar jab bleh tak...'
'napa wei....'
'jom jer la, aku nak cakap...'

Qielaah ngan muka gelak2 macam mushkil pun ngekor aku...
luar opis je terus aku cakap

'...wei, ko nak tau tak sapa kol aku tadi?'
'ha, sapa?'
'wife fairuz...' muka aku dah tak tau nak buat expresi apa dah
terdiam ko qiellah!!!

'meh citer kat surau...' wah qielah dah tak sabar dah nak dengar citer aku
-------------------------------------------------------------------------------

perbualan habis kol pukul 10.42 ngan minah ni

'hello' aku cakap hello lah kan
'yer, siapa yg cakap tu'.... sore wanita. sapa plak ni. tetibe tanya nama aku

'fara. sapa ni?' jarang giler aku bagitau nama aku kat orang

'ok...ni aishah. isteri mohd fairuz aklaf...' lembut jer dia cakap. tapi ada lah takot2 skit nada sore minah ni

'ha? isteri fairus? serius?' chet!!!

'ye....boleh saya tanya fara...'
'...ha, bleh, tapi nanti ek....'

aku g kuar opis.
yana dah usha aku lain macam

--------------------------------------------------------------------------------------

'ok..kak, sory, akak nak cakap pe tadi?' ntah la aku macam orang yg gelabah plak

aku dalam pale rasa tak percaya
aku siap gelak and senyum2 lagi time cakap
lawak aku rasa time tuh

'akak nak cakap, fairuz tu suami akak...'

dahhhhh....aku pun macam tak caya gak...adeh...

'nama puan apa ek tadi?' dia ada cakap first2 tadi aku buat dek...

'aishah. fara, kami baru jer kawin. fairus dah ada anak sorang. 8 bulan...'

'ya allah kak...serius ke?'

ayat yang kuar dari mulut aku hanya ya allah, ya rahman, serius ke kak? ngan oh my god
aku tak tau dah nak jawab per...
aku jawab jer la setiap pertanyaan akak tuh
aku tuh pun macam cool jer... nantak ko lah...
ada gak certain part aku tak jawab. aku rasa baik akak tu tanya kat fairuz sendiri. demi kebaikan aku ngan dia.

dimana aku jumpa fairus ngan tempat kerja aku.
lu pikir la sendri kak


'ok lah fara, akak harap fara tak layan dia lagi...'
'ok kak..jangan harap la saya nak. nak ikotkan hati, nak jer saya maki hamun mamat tu..'

'hehehe...takper, nak bunuh dia pun tak per...' akak tu cakap

eleh....bunuh konon. tapi nak gak call aku...

chet!!
------------------------------------------------------------------------------------

sepanjang masa tuh gak.....
aku rasa sedih..

napa dia nak tipu pun, macam la aku ni tak ada kawan2 laki yg status laki orang
kalau cakap awal2 pun, aku terima pe

want to kick ur ass!!!

-----------------------------------------------------------------------------------

aslm, saya dengar taklimat ni, sejuk betul kat cini, tapi syok...macam kat wayang lak...10.34

sayang dah minum?...10.40

awak bz sangat ke dah minum? 10.53

awak napa tak angkat?...11.05

lepas 5 call aku tak angkat. dengan 1 alasan message aku bagi 'tengah meeting..'

awak napa...11.16

awakk, saya nak mintak maaf salah dan silap saya, bukan niat saya nak buat awak marah, tapi saya harap saya boleh explain kat awak, maafkan saya...11.40

hal ape2 lah, saya malu ngan awak...tapi saya harap awak bahagia...11.43

memang nak bagi tahu, tapi takde kekuatan lagi, saya memang sayang sangat kat awak, tapii saya tak tahu nak pikir apa skang ni, awak saya betul-betul...tak tahu nak cakap lah...11.50

awak cite je apa yg awak nak cite... saya engar semuanya... 11.58

saya nak minta maaf sebab tipu awak, perasaan awak, tapi memang saya sayang sangat kat awak dan saya sedih sangat lepas ni awak tak kan layan saya lagi...kalau boleh saya nak jadikan awak wife saya, tapi awak tak tahulah nak cakap... 12.05

sebab saya sayang kat awak, apa yg awak nak bagi tahu saya tadi...bagi tahulah...12.19

saya mengaku saya bersalah...12.20

awak paksa saya saya cakap jugak, oklah untuk memuaskan hati awak, saya dah kawin, anak sorang, perempuan, saya sayang dorang, dan sayang kat awak jugak...dan saya mengaku saya bersalah ngan awak dan isteri saya...ini yg terakhir kita sms atau jumpe agaknya, awak takkan layan saya lagi, saya faham sangat...tapi saya sayang sangat kat awak...12.28

well...ni message dari aku. ntah la napa aku nak gak tulis pe aku bagi dia.

awak betul2 buat saya nak nangis. how could u done all that!! awak ada baby 8 bulan!! biar saya yg pergi dari hidup awak. jangan la wak, seksa hidup awak macam ni. 1 je saya tak cakap kat wife awak, macam ne awak kenal saya. suka hati awak la nak goreng pe. saya nak awak study ngan aman je nanti...12.43

saya faham, saya doakan awak bahagia dengan bf awak ye, saya menyesal mainkan perasaan awak, tapi saya amat menyayangi awak...kawin nanti jemput saya tau...saya doakan awak grad ngan pointer yg baik, awak budak cerdik...saya rindu kat awak pasni...saya sedih sangat...12.44

ah! ngan awak jer saya buat hal...12.50

hehe...anak saya comel wak...k lah sedihlah...kirim salam kat bf...12.56

cinta dini ahlam bt mohd fairuz aklaf...13.08

-----------------------------------------------------------------------------------

itu je last message aku dapat sekitar hari ni

erkkk...tak keterlaluan aku katakan aku suka kat mamat ni sebenarnya

kalau dia bujang la...

lepas ni, aku tak rasa pun aku akan benci dia

what for? just positive thinking..aku kan gila2, aku leh buat benda tak da pa

its ok...

alhamdulilah...luckly tak jadi benda yg lebih berat... perasaan cinta

kalau aku jumpa dia kat kelas pun nanti, aku hanya mampu senyum dan pandang. terpulang pada dia nak tegur atau tak pasni...

kerana aku yg pergi dari hidup dia. aku tak lah baik sangat tak nak runtuhkan keluarga orang, tapi aku rasa aku ni sebagai tempat singgahan yg tak sepatutnya dia rehat

R&R tak siap lagi la....

Rasa nak buat sujud syukur plak aku. rasa bebas plak sekarang ni...

bebas pe?

bebas mengatakan aku dah tambah lagi pengalaman hidup aku. walaupun tak seberapa lah....

dan semua rasa terdetik dari dalam hati aku ni ketika kuar ngan dia;
apa yg mak aku nasihatkan aku, semuanya betul...
pastu benda2 yang lali aku buat bila aku tipu bf aku..g tandas bawak hs
aku ada gak kawan2 ngan suami orang, aku tau la taktik2 semua
alhamdulilah...semuanya allah dah bagi.
aku je yg kena paham semua dan cari
wahhhhh..... bagus gak kan
betul apa kata orang2 agama, apa yg terdetik dalam hati kita itulah yg sebetulnya apa yg allah try to hint us.

chet!!









6 comments:

  1. pergh!!! belajar dari kesilapan dan pengalaman dan jgn ulangi laie.. apa pun aku leh tolong ang kick his ass wakakaka

    akak tue baek sebenarnyer beb... ang patut bersyukur kerna akak tue x serang ang... apa pun ang lebih tahu apa yg patut ang lakukan andai kata ang perlukan bantuan serta nasihat aku, aku sedia membantu key...

    ReplyDelete
  2. aku ni kategori bertuah la kan
    tapi...apa yg berlaku antara aku ngan mamat ni memang simpan ketat2 dalam perut
    dah makan kenyang diam2 la...
    tapi kan...seyes... nasib ko ada malam tuh kan. so, ko leh lah gak judge dia

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Semoga bahgia selalu.. Utm space 2008..

    ReplyDelete