aku jarang ucapkan terima kasih pada mak aku. tapi dalam hati aku, dialah kawan terbaik pernah aku jumpa. thats was so touching mak...
petang sabtu aku berbual2 ngan mak aku. lepas layan kerusi urut Hj beli.
'mak, La nak tanya bleh. tapi tanya jer tau...'
so, macam2 la aku tanya dia.
pasal cinta.
pasal semua orang yang aku kenal selama ini.
boleh dikatakan time tu aku bersembang macam kawan lah ngan mak aku. sebelum ni bukan tak pernah, tapi segan... mungkin juga sekarang aku dapat rasa mak aku lebih senang berbual lepas balik dari menunaikan haji.
macam2 mak nasihatkan aku. berkisar pengalaman dia hinggalah dia mendirikan rumah tangga dengan abah aku.
dia kata, banyak susah senang dia ngan abah. abah aku bukannya belajar pandai. cuma usaha dia kuat, tak macam lelaki lain. memang susah hidup dulu. tapi berbekalkan rm300 duit gaji kerani bodoh, bekerja di sektor awam, itulah yang menampung hidup dia. nasib dapat rumah quarters dulu. dan lahirnya aku di dunia ni, barulah ayah aku dapat lesen kontraktor yang mana dapat menyara hidup kami lebih 25 tahun.
hidup dulu sempit, rumah quarters dulu susah. mak g kerja naik basikal jer. nak save budget. abah dulu hutang keliling pinggang, semata nak bayar duit pekerja. yerlah....abah mana la ada lesen dulu sebelum aku lahir.
aku pernah gak tengok abah cium note RM50.00 nak beli tin2 cat kat kedai apek kat Tapah nun. sampai sekarang aku ingat. tapi aku? Rm50.00 pun macam duit Rm5.00 jer...
dengarkan kisah dia, aku tertanya gak. mampu ker aku cari seorang lelaki sebaik, secekal abah. mampu ker aku jadi seorang isteri setabah mak aku. yg boleh berkorban emas di badan semata2 nak rolling duit perniagaan abah? yang tak kisah pasal susah senang, yang mana yakin suami dia dapat mengubah hidup keluarga seuatu hari nanti? yang mana mampu bersabar?
belum cuba belum tahu.
senang la cakap, tapi yang nak buatnya aku kan.
mak aku nasihat kaw2 nya, sampai ketika dia bagitau kesalahan aku dalam bercinta... auchh!
memang terkena! aku tersilap langkah! aku gelojoh!
yes, thats true.
pasal adam & fairuz...
orang kata jangan babitkan mak ayah kan. tapi aku lantak kan aja. aku cerita. aku tak nak mak aku rasa aku bahagia ngan diaorang. sebab bagi aku, aku lebih bahagia ngan famili aku.
hati ni dah berbelah bagi..
bukan kerana datangnya pihak ketiga. tapi aku masih lagi berfikir atas nasihat mak aku tuh.
ada betulnya.
aku kena rehat sejenak.
bertanya pada allah, tunjukkan aku ketetapan hati aku.
aku tak nak goyah.
member aku cakap '...alah long, ko cantik, sapa2 pun boleh jatuh cinta ngan ko. yang hensem apakan lagi...'
aku sound balik '....hensem tak tentu dapat masuk syurga...'
memang betul kan. pe best kapel ngan orang hensem. aku tak rasia hebat pun. memang la orang kata bf aku hensem. tapi aku biasa jer... sebab aku tahu aku ni selekeh. so....yang selekeh pun ada orang minat ek.....
“..Wahai golongan pemuda! Sesiapa di antara kamu yang telah mempunyai keupayaan iaitu zahir dan batin untuk berkahwin, maka hendaklah dia berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu dapat menjaga pandangan mata dan menjaga kehormatan. Maka sesiapa yang tidak berkemampuan, hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengawal iaitu benteng nafsu..”
(Bukhari : no. 1772, Muslim : no. 2485)
Betul fara..hensem bukan ukuran....kahwin bukan perkara mainan...hidup ni kdg2 kita di atas kdg2 kita di bwh...bravoo fara..aku faham sgt apa yg ko luahkan dlm ni.
ReplyDeleteaku terbaca blog ko, so aku pun dalam kepala terfikir benda2 yg mak aku cakap ni. cewahhh der chemistry giler la kita ni kan bro. huh!
ReplyDelete