Friday, April 24, 2009

first paper aku. waktu pagi amat tak boleh tidur. aku merenung masa depan. tapi dalam masa yg sama aku lapar

hari ni aku bangun amat pagi. lebih kurang jam 6.00am. sepatutnya pukul 5.00am (betapa mengantuknya pada waktu itu) aku bangun kerana sakit perut yg amat. perut aku masuk angin. mungkin kerana tak makan malam tadi..

perut amat sakit. perit. ya allah... dugaan tol

pastu aku ambik keputusan iron tudung. erm.. sambil memasang astro saluran hitz 'asean portion'. aku melayan lagu lagi banyak daripada membaca ... kemudian aku ke tandas...

kemudian aku membaca bagi kali last minute...

jam pukul 6.45am. aku g mandi, perut ketika ini sangat perit sambil mengeluarkan angin...

kemudian dalam solat aku berdoa 'janganlah sakit perut dan mulut ketika aku jawab periksa nanti...'

**********

aku siggah kedai akak jual nasi lemak, tapi aku beli meehun. aku makan dalam kete (ketika lampu isyarat berwarna merah)...

**********

aku park kereta d kampung baru. sambil makan meehun lagi. dan perut ketika ini masih sakit

**********

dalam dewan pekse..
menduduki paper PENGURUSAN TAPAK BINA SBC 3353
aku amat gementar.
aku duduk 5 dari depan.
heh...

perut aku orait. mulut orait. alhamdulilah

masa pekse hanya 2 jam.
jawan 4 s0klan theory (letih tau tak aku menulis)
tangan aku hampir crame

hanya tinggal 20minit. dua soklan lagi tak jawab. aku gelabah.
ntah bagaimana aku mampu menyiapkan 3.5soalan dalam masa yg dibenarkan.
kerana 1soalan baagian a aku tak tau nak kencing apa.

**********

aku g kerja pastu tu

**********

Thursday, April 23, 2009

ulser mulutku amat sakit sekali

hari ni 24.04.09 ulser mulut aku amat sakit. kerana kawasan ulser amat berdekatan dengan kawasan gigi geraham aku. nak makan nasi pun tak sempat kunyah..

semalam, aku mc lagi. ini mc yg kedua aku peroleh sejak bekerja di IKRAM. heh..
semalam ulser mulut aku amat sakit. semasa meeting dengan mr ooi pun dah denyut2 mengalahkan sakit gigi. pastu aku pening2 kepala gak. amat sakit

hari ni 24.04.09 hati aku pun sakit gak
tapi kenapa ya?

o ya, tentang perjumpaan dengan budak housemate aku tu...
dia pun tung tang tengan ayat membela dirinya
tapi aku penuh kurang ajar, hanya menjawab 'aku minta maap dan aku harap kita semua dapat jadikan ia sebagai iktibar'

aku agak mungkin dia berapi dengan jawapan aku sependek itu.

sekian

p/s: esok aku ada final paper, aku harap diriku dapat jawab soklan dengan baik. even... macam bary 2 bab je baca..

Monday, April 20, 2009

alahai..... aku dah demam seminggu. kat opis plak macam suck! semua jenis bz bz body! what a liar!

tajuk Je aku tujukan pada work stuff aku... yg lain aku tensen pasal my final coming up!
arghhhhh .....

EH, SUKA HATI LA AKU NAK CUTI KE PE. KO PEDULIK PE?
ehehe.... panas nya hati... tapi lek lek...

seriusly aku skarang malas nak pikir, hal2 yg bukan melibatkan aku. contoh seperti housemate aku. dia pulak nak buat perjumpaan.... adehhhh.. pe kes???

aku dah pesan kat kawan dia 'aku tak nak jumpa dia. nak jumpa next month. aku nak pekse. karang hati aku panas lagi + naik darah tinggi... kalau member ko nak kata aku pengecut ke apa ke, silakan... sebab aku dah tak ada sebab nak jumpa dia lagi'

hal2 lain selamat tinggal la bro.

seyes.... ko dah la kerja time pagi.. malamnya ko nak study... malamnya plak adehhhh.... nak settle benda2 macam ni. aku harap ko blah jer. tak yah banyak cakap!
seyes... sapa2 la nak study part time, kuatkan iman. hati kena tabah. jangan terpedaya dengan keseronokan. stress is the most close anemy

last weaken parents aku dtg dari 18-20 April. Bestnya.... entertaint je diaorang, duit pak haji hulur jer....

that time, aku cite la kat mak aku semua masalah aku. semua2 la yg menggangu gugat mental aku ni. alhamdulilah...dia nasihat, dan penerimaan dia cukup baik

satu hal lagi ek... last nak balik dia kata 'jaga diri baik2 sayang mak ni.. ko tu kat tempat orang...'

aduh.. diaorang ni pependai je cakap. ntah paham ntah kan tidak

selepas cik qiellah pergi menyambung tugas di tempat baru, baru ke? salah satu daripada rakan sekerja mengeluarkan kata-kata berikut ' ha, kalau dia dah pergi boleh lah cari ganti orang baru. yang tau buat kerja...'

ceh! mendengus hati aku.

ni pendapat peribadi aku la kan, dah namanya ditransferkan maksudnya 'company tak ada duit nak ngajikan pekerja ramai sangat!'

maksudnya rakan sekerja aku paham sangat 'cari orang baru utk tlg dia faxkan surat'
last - last, engkolah jadi admin exec!

heh...
diaorang ni tak tahu kot, diaorang nya kedudukan pun macam mana. cakap besar sangat.

minggu lepas, aku rasa banyak sangat orang cakap besar aku dah jumpa. ngan house mate ka, kawan2 la....

last2 semua tak dapat apa2 benefit!
totally zero!

kadang2 aku tak paham, konsep rakan sekerja macam mana?

ko nak kawan ngan orang yg sekepala ngan ko ker?

ke... ko hanya nak kawan ngan orang yang ikot bontot ko?

**********

Wednesday, April 15, 2009

what do i think?? # 6

aku dapat call untuk jumpa dia pada pukul 10.00pm.
malam nyer...
waktu tido tu aku kata...
awal lagi tak bleh ke?
dia kata 'aan nak siapkan report tour malam ni... '

so, tunggu je lah.. nanti aku datang

bila aku siap2 mandi bagai.. aku g jumpa dia. erm... kali ni aku rasa relek... tak rasa geletar lutut macam lepas2. mungkin ini malam terakhir aku kat sini, mainan fikiran aku dah tak ada. yang penting, aku luangkan masa aku kat sini sebaik mungkin.. sebaik mungkin key....
sebaik mungkin untuk malam ini dengan dia...
apa aku jangka......harap2nya... ya.
memang biyol aku ni!!

aku ketuk bilik dia..
erm...
bila terkuak jer pintu bilik, dia senyum. dia pakai baju warna putih. really smart. really... dia ni jenis taf. so.. macam mana la aku tak imagine... adehhh... focus!!

wow... cantik nya bilik...
ni la gambaran bilik yang aku masuk.

ni gambar betul key....






seeyes.... mana la aku tak tahan! erkkkk...

masuk2 jer... we kiss... arghhh... kiss lagi? ermmmm... well...
we kiss at the back of the door..

erghhh... sampai dari aku tak pejamkan mata... aku sediri terasa menikmati ciuman dia...
call me whatever... trust me... dia very good kisser...
plus.. me too




stop... adeh... aku selak rambut aku
kendian ...

...aku gelak plak. aku terus lepak kat kerusi. layan tv....
sebenarnya aku stop kan adegan tu....

dia buatkan coffee lagi. kali ni memang nikmat tol kopi nya... tak pulak nak tanya jenama apa...
dia duduk sebelah aku.. start smoking... start being so releks..

dari pandangan aku malam tu.. dia seorang lelaki yang macam memerlukan seseorang di sisinya. mungkin keadaan dia sebagai seorang anak bongsu ataupun gaya dia dan sikap dia pada aku. aku bagaikan menikmati semua butir bicara dia pada aku time tu. kisah2 pengembaraan dia sepanjang kerja. kisah lucu ketika zaman remaja... dia terlalu manis.. tapi...


kemudian dia ajak aku bangun dari kerusi.. 'kamu tahu menari?'...
heh ...' tak tahu la aan..'
'mari...' dia tarik tangan ku.
terus memeluk penggang ku..rapat ke sisinya..
aku tergelak saja dengan cara dia
'...fara jangan la gelak... aan nak menari dengan fara... this is our last night right'

ok.... aku jadi serius.
aku letakkan kaki aku di atas kaki dia.. tak ada lagu pun waktu tu
hanya mengikut gerak tarinya... pelan je...
kemudian aku memeluknya.. aku sandarkan wajah ku pada dadanya...
aku ... aku rasa....

aku terpijak kaki dia! hehehe.. spoil right!
kami tergelak kuat... shhhh!!! malam... nanti ada orang lain dengar... hehehe....
aku terus ke depan katil.. ambil minuman...
lantas selepas tu... dia menarik aku ke atas katil..
dia sudah di atas aku....

jantung aku jangan kata lah.... kencang habis..

aku senyum '..aan nak buat apa..'
'aan nak...' terus dia cium aku.... tangannya dah sampai ke badan aku.... dan aku

aku tolak dia... aku bangun...

'aan ni..... kita kan dah janji...'

macam tak dengar je mamat ni...
dia datang lalu ...terus memeluk dan memeluk dengan lebih erat.

tangan dia memegang belakang aku dengan penuh lembut...

terlalu lembut sampaikan.... aku terbuai dengan gerakan dia....

lalu dia merebahkan dirinya dia atas katil...bersama aku...

kami merenung sesama sendiri.. saat ini...

kami hanya mampu membalas ciuman..penuh tenaga



penuh nikmat, rasa selesa



lantas..... aroma kami memenuhi bilik
menjadi terlalu panas.. menjadi terlalu asyik....
lantas...badan ini berbicara sendiri...
aroma ini memenuhi segenap ruang yang ada dalam bilik ini
pastinya... semuanya... dilepaskan mengikut hati dan nafsu....

p/s: hehehehe

Monday, April 13, 2009

story never end # 5

pagi sebelum berangkat ke tempat lain, aku dan dia sempat breakfast bersama.
semua orang la kan... tapi kami langsung tak bertegur. senyum je dari jauh. time tu ada sesi ambik gambar... aku tak pun ambik gambar ngan dia.... adehhhhh geletar lutut aku ni lagi...

*********
mak aku tetiba plak petang tu macam tak sihat.. tangan nye jam lah plak. ni kes tidur salah posisi lah ni. aku dah la gelabah mana lak nak cari ubat kat tempat orang ni. kang salah bagi ubat susah plak. last2 aku minta tolong aan.. belikan ubat.
petang dia sampai ke bilik aku. lambat nyer.... aku jumpa dia kat pintu bilik.
berikan ubat tahan sakit. kesiannya basah lenjun.. erm... terima kasih.
dia terus menguncup dahi aku. terkedu aku kat situ... ada je lah mamat ni ambik kesempatan. dia pun blah dengan senyuman bangga dia. ceh!

**********

sepanjang kami di padang, hujan jer.... renyai2... pastu lebat agak main.... dalam bus aku dah geletar sejuk..

kami ditunjukkan keadaan kat pekan tu. boleh la tahan, walau tak semaju pekan kat kampung aku. tapi bila tengok kat pesisir laut dia... ngeri seh.. memang ala2 bali la. boleh buat surf!

kami singgah kat tempat jual barangan ringan kat sana. adehhhh... turun2 je bus aku tak masuk kedai tu, aku hanya lepak kat depan kedai tengok tv.... hehehe.. makcik2 yang ada duit termasuk mak aku bley la masuk borong kuih.

aan datang kat aku.. dia berdiri sebelah aku sambil suakan minuman botol. ok..aku ambil la... aku minum gak. pastu kami duduk bersama depan tv.... layan....

then, dia blah... dia g kat makcik2 tuh... hehehe... adeh.. dah lain benar aku tengok. pastu bila aku nak g jumpa mak aku... dia tak da plak. aku tengok dia dah terlena kat belakang kedai.. cian nya....
**********
malam tu, kami terus dinner di satu kedai... biasa2 je... tapi yang tak biasa.. ann sekali lagi makan ngan aku... hehehe.. berapi minah (ada minah ni minat kat dia) tu tengok. sedangkan dia ngan famili dia makan sebelah aku je... .... aku rasa sungguh berkuasa..kahkahkah.. puas2 hati aku tengok muka minah tu frust. tu la pakai lipstik bagai... aku relek je... poyo lah kau

**********
malam tu b4 kami balik ke bilik masing2.. dia sempat pesan. malam ni kalau jadi kami nak lihat persembahan nidji. wahhhh... boleh je. then kita g main pool. aan nak ajak fara jumpa kawan2 aan

**********
hujan lahhhh.. mana leh kuar malam ni. aku mendengus!! alahhhh... eeeeee...

last2 aku jumpa saja aan di perkarangan hotel tu.. tapi kat mana ya..

bilik dia la??

p/s: tulisan tergendala akibat mental sickness tadi. ada oarang tanya ni novel ke apa? tetiba plak jadi mental. aku plak confius. ntah2 fantasi

hampir2 terlupa la ushuk...

our anniversary the second semalam. aniversary kenal macam tu je la. kapel2... kawen lom lagi.. harap2 sampai ke hujung nyawalah anniversarynya... amin2..

nak citer apa ek.. sebab kami selalu akan bercerita macam mana kami ni boleh terjumpa. aku sendiri tak tahu sapa yang kenalkan kami. adam jer la yang tahu. sampai sekarang nak rahsia2 lagi. dah janji katanya.

kalau mak aku tanya, kawan2 dia sendiri tanya pun dia tak nak jawab. hampeh... aku lagi lah tak tahu nak citer pe..

tapi yang pasti, aku nak ceritakan bagaimana aku boleh dating ngan dia the first time.

aku jumpa dia kat penang. time tu dia kerja kat penang lagi. bayangkan, aku tak pernah pun g penang sorang2 selama ni, aleh2 dah date nak ke sana. famili tau ke? hehehe.... lu pikir la sendri.
kahkahkah.. erm... seyes....

aku drive naik kete kelisa aku yang comel tu la. aku bertolak, tengah hari, sampai sana aku seyesly gelabah! bagai gak penang ni... jam datuk kat bridge. erm.... map pun tak da. harapka daya ingatan aku hafal map kat rumah je semalam. at the same time aku call gak dia... mana tempat2 ni...

masuk2 je lepas bridge...aku menghala ke Tanjung Bungah. erm... sesat of course. celah2 mana aku selit... tapi yang penting aku sampai gak. tapi aku tak terus jumpa dia. aku menghala ke batu feringgi, aku cari rumah tumpangan untuk stay semalam. erk... murah2 jer kat sana. budget penggangur mana cukup...

dapatlah satu bilik ni..guest house. aku belasah jer la...

petang, aku g jalan2 ke pantai batu feringgi tu. seyes...lawak habis aku rasa. ada ke lepak pantai sorang2.... ambil gambar.. gamber sendiri. erm.

malam tu baru aku jumpa dia. aku seyes tak kenal sapa pun mamat ni. malam tu aku pakai baju warna pink. giler! t-shirt je.

**********
aku jumpa dia di nite market batu feringgi tu. tempat dia, belakang kapal besar, restorant.. dia pakai baju coklat. muka dia by that time. not bad... daaaaaa

hehehe... aku memula minta ic. manalah tau... dia bantai gelak...
pastu aku sembang2 kejab, pastu aku kita g jalan2 g town. dalam kete masa bual2 tu aku confident la tu dia...sore dia sebijik. dalam kete..dia asyik tengok aku je..pastu bila aku pandang dia, dia senyum..

**********

kami makan nasi berani clayport kat kedai mamak ni. ntah pe namanya.. sedap beb.. tapi aku cover2 gak.. tapi aku still makan pakai tangan.. dia ok je..

**********

pastu kami lepak di plaza gurney...
depan tu kan tempat melepak.. lama betol kami sembang2... hye..... macam2
tergelak2 kami time tu..
hati aku rasa free...

**********

aku suka dia

**********

p/s : aku bantai 2nd nite kat sana. 2nd nite aku tido kat hotel dia kerja... heh

**********



Friday, April 10, 2009

after the rain # 4

lepas abis mandi.. aku bersiap2 nak ke blik dia. ok, bukan tido k. nak g jumpa dia... bilik dia kat 1st floor... eheh... degup juga jantung aku neh... ke excited that sumthing will happen ..
ehem.. 'aan ada ? '

'ah...fara..nanti ya..'

aku tunggu kat luar bilik dia. erm.... hujan still renyai2... mata pun dah hampir nak tutup.. nak jumpa punya pasal..aku tahan jer la.

dia keluar dengan pakai baju sweather kelabu dia. aku dan dia bersembang di luar legar lobby bahagian atas bersebelahan biliknya. time tu hanya aku dan dia sahaja. kami duduk bertentang. aksi santai saja. sambil dia smoking.. dia buatkan air kopi untuk aku...
wah, time tu memang hensem la dia. relek jer... jarang sekali aku tengok orang laki serelek macam tuh. seyes. aku tak tipu.

aku berborak macam2 dengan dia. malam ni...dia pula memberitahu hal sebenar kenapa dia murung. mak dia kena strok. lumpuh separuh badan. bisnes keluarga dia having problem. then, cerita pasal diri dia.. actuallly sebelum ni dia kerja sebagai pegawai kerajaan. dia berhenti sebab banyak sangat korupsi. dia ni tak minat politic! beb..dia ada bachelor dalam perancangan dan wilayah!. memang educated person la dia... background famili pun not bad...

dia start to story life dia. kaki arak, kaki perempuan..semua disebabkan dia kecewa ngan awek dia sebab terpaksa kahwin dengan lelaki lain. tragis nya... dia, maybe the whole thing.
he look so JUJUR. seyes. aku tak tipu. dulu dia kaki dadah masa stay kat U. kaki drinking betol la. duit jangan kata lah. mak dia bagi setiap minggu. lebey jurang 500.00rm seminggu. sampaikan dadah tu dia jadi ketagih. dan mak ayah dia masukan dia g pusat pemulihan dadah.

dia kata '...mungkin fara tak percaya, tapi percayalah...kehidupan aan dulu memang gelap'

di pusat pemulihan pun dia tak berubah. last2 mak dia buat macam ni. dia suruh aan minum air basuhan kaki mak dia sendiri. sebab time tu, kedegilan dia da tahap melampau. sampaikan keluarga dia dah tak tahu macam mana nak stop kan ketagihan dia. alhamdulilah, berkat keikhlasan mak dia.. dia berjaya sembuh.

then dia nasihatkan aku.... 'kalau sekarang fara tak dapat cari kerja lagi, tak dapat sambung belajar lagi...fara duduk saja dirumah. susah kalau ayah fara tak benarkan kerja jauh2 kan. tolong mak. buatlah kerja dengan ikhlas...insya allah berkat keikhlasan fara tu akan terbalas dengan kehendak fara... minta doa dengan allah selalu ya...'

aku rasa time dia bagi nasihat yang aku tak minta tu, dia penuh relek jer bercakap. gaya santai dia menyebabkan aku boleh terima. nasihat tu juga aku bagi kat adik2 aku dalam hidup diaorang. aku aplikasikan dalam hidup aku sekarang..sebab ia terlalu dekat dengan life cycle aku rasanya...

sedang dia bercerita... dia selitkan tentang aku. dia membuat andaian tentang aku. sebab aku tak nak bagitau dia kisah aku. my god! macam ko tau2 je... kenapa aku tak boleh bercinta dengan orang lain. kenapa aku bersikap tertutup. adeh... why u?

orang yang aku jumpa tak sampai 48 hours boleh terang2 lagikan bersuluh memberi nasihat yang begitu bermakna.
sebab dia, kata2 nasihat dia... yang membuka hati aku untuk bercinta dan berkomitmen sampailah sekarang...

**********

kami sekali lagi ke menara. seyes... apa aku nak buat ni? malam tu dah hujan seyes lebat... aku berlari dengan dia ke sana.... abis basah aku kat sana... melangkah ke atas, dia menarik tangan aku... kuat gengaman dia kali ni.. erkkkk...
tak sampai lagi ke atas menara tu.. terus dia sandarkan aku pada dinding. dia merenung mata aku.. dia senyum. dia tarik anak rambut aku ke belakang. 'aan tak penah jatuh cinta begini sekali. aan tertarik sangat dengan fara. apa yang fara dah buat pada aan sampai aan begini mencintai fara...'

dia peluk aku...

'ada ramai lagi wanita yang boleh aan peluk sekarang. tapi kenapa fara?...' dia berbisik di telinga aku... aku terasa sungguh hembusan dia pada leher aku... arghhhh.... aku dah melayang...


aku memeluk dia sekuat hati aku. dalam hati aku berkata..kenapa la aku bertemu dengan engkau. kenapa la engkau bukan orang malaysia... kenapa aku bleh senang dengan engkau sekarang... aku pun jatuh cinta pada kau!!!

aku halakan muka dia pada aku... aku amat menyintai engkau. tapi aku tak pasti.. aku tak berani nak melangkah.. aku kucup bibir dia... seyes. aku tak tipu. aku memejam mata aku saat itu..

ianya berlaku hanya dengan satu pergerakan.. engkau pejamkan mata...engkau buka kan hati ... fikiran engkau melayang... tanpa aku sedari...

air mata aku mengalir... kami berhenti. 'kenapa...'

aku hanya gelengkan kepala...

dia bagaikan mengetahui.. lantas dia senyum saja.... dia menguncup dahi ku. 'jaga dirimu baik2 di malaysia nanti ya... esok malam kita yang terakhir disini..mungkin malam yang akhir aan dapat meligat gelagat mu yang nakal itu..' dia mencuit hidung ku...

kami memejamkan mata..untuk yang akhir pada malam itu... gerakan yang asyik... bagaikan tarian tanpa lagu yang didengarkan...hanya bunyi rintik2 hujan yang makin lebat.. hanya 2 perasaan yang berbuai kasih dan sayang yang tak pasti..

bagaikan tiada lagi esok untuk kami..

Thursday, April 9, 2009

an affair to remember # 3

malam ni lagi2 ada jadual merayap di waktu malam. as usuall hujan renyai2 lagi... aikkk.. tak pandai pilih timing betol la vacation mak aku kali nih... malam ni, diberi pilihan oleh aan, hendak melihat tarian minang atau pun tidak. ataupun dok relek je di hotel...

conferm2 aku pujuk mak aku g melihat tarian adat orang minang... bukan selalu nak datang. pastu pe kata support tradisi negara lain.. wahh...bukan main aku ngayat. mak aku dah selalu g sini, tak pe lah... aku ni ha!!

tepat kol 8 malam, aan bawa kami ke tempat persembahan tu. still hujan.. lebat2 biasa je lah.. dalam bus, aan duduk dengan aku.. dia cuit bahu aku. dia pakai baju warna hitam.. mak aku plak g melepak ngan kawan dia kat belakang.. aik bagi chance ke pe orang tua ni? ok....

dia ni memang pak lawa betol la. ada2 saja benda dia nak buat cite... kisah sejarah negara dia pun bantai buat lawak..

nak dekat tempat tu, dia yang bayarkan ticket, so before show dia dah briefing awal2 dah pe benda persembahan tu sebenarnya... aku g lepak kerusi sorang2.. kalau ngan mak aku, tak jadinya khusyuk tengok orang menari, ada je benda dia nak nyembang..

aan duduk kat sebelah aku.. aik. aku pandang mak aku.. mak aku pandang aku.. clakerrr... dia duduk bersila.. lutut dia terkena lutut aku. memang la dekat dia dok sbelah aku..

the show getting started...
**********

setat je show..aku jadi blur. aku tak paham sesen pun benda mereka cakap. dah orang minang kan. aan la jadi tukang translatenya. bukan main dekat mulut dia dekat telinga aku nak bagitau... ok.... so ada part tu, penari2 tu tunjukan satu dance time pengantin diarak di sana... dia bisik 'nanti kalau kita berkahwin, semua yang fara lihat ini akan dilakukan... memang meriah nanti.. pastinya ayah aan akan buat ikut adat 100%'... dia gelak kecik. sial.

pastunya pula... 'malam ini jadi ya.. aan ingin sekali betemu dengan kamu, seperti semalam...' berderau jantung aku. ok ok... peeeeeeehhhh

**********

aku bergegas balik ke bilik aku.. aku biarkan dia dok melepak lagi di lobby hotel tu... mengeletar satu tubuh aku... sentuhan, perasaan, kata-kata..semua bercampur... dalam kaki aku melangkah ke bilik akurasa macam nak tumbang ... masuk je bilik, terus aku basuh muka aku, aku lihat cermin.. biar betol aku ni? ke aku hampir dimanderam? ke.... aku basuh lagi muka aku...

aku tak tukar baju.. terus aku baring atas katil empuk hotel ni... aku lihat atas... dude! masih tak percaya kejadian tadi.. errrkkk... aku tersenyum... aku suka ke? aku merasainya ke? ya.. saya memang merasai setiap detik tu tadi... ok....

lagi 3 jam nak ke pukul 7 pagi!! arghhh... tido dulu... esok pagi2 mak aku dah janji nak gerak kan aku. perghhhh....

aku still shaking....


*********

what happen that time was...... like romeo and juliet




hujan di petang hari kemudian kesejukan malam menghangatkan lagi suasana # 2

pada waktu petang tu kami telah dijadulkan untuk bershopping sakan di Pasar Atas, Bukit Tinggi. Mak eh.. hujan hujan la makcik2 ni nak g shopping sakan. aku cakap kat mak aku, kawan-kawan dia ni ada kilang cop duit ke? kalau ada aku pun nak masuk share...

dah la hujan, semangat dah macam dilanda angin taufan nya excited aku tengok rakan-rakan mak aku neh. dalam bus, dah canang nak beli apa
dalam bus je aku rasa ketagih nak tengok dan meusha wajah dia.. dia memang sentiasa di depan aku. dah namanya tour guide kan. so, ko membebel je lah kat sit depan.. aku memang akan lihat gelagat dia tatkala dia tak melihat aku. seyes... aku happy tengok dia bercakap... menyampaikan maklumat..macam pale otak dia dah hafal semuanya.. rasanya macam dah berpuluh-puluh buah buku dia dah baca tentang sejarah tempat dan negaranya...
tapikan..lepas dia beri info, kadang-kadang dari riak muka dia yang happy...akan terus bertukar jadi macam biasa... muka orang risau pun ada... kadang2 dia akan pandang ke luar pintu bas... ada benda yang merisaukan dia kot. macam ni lah kan kerja tourist guide, terpaksa je senyum..

dah sampai tempat yang dituju... di Jam Gadang Besar

so, makcik-makcik yang berduit ni telah diberi kan masa selama 2 jam untuk menghabiskan duit yang ada untuk berbelanja... aku? minta la duit kat mak aku... pe lagi!!

by that time... aan dengan selambanya minta kebenaran amak aku untuk berjalan akak berdating ngan aku. okey... mak aku bagi kebenaran untuk pergi jalan-jalan dengan aan. god!! memang la nak, tapi aku confius gak.. mak aku kena menderam ke apa? tak pernah2 dia se cool begini..

aan bawa aku pergi jalan-jalan di kedai-kedai baju di tepi jalan pekan sana. terkejut gak aku. even kondusi pekan memang tak semaju pekan hometown aku, tapi...branded shop memang terbaik laaaa... mata aku dah gatal2 dah...

dia pegang tangan aku... eh (kali kedua)... aku lepaskan tangan aku. aku kata, nanti ada orang nampak... dia senyum jer, dia capai lagi tangan aku... time tu hujan rintik2.. dia menarik tangan aku lagi.. langkah aku semakin cepat untuk mengejar langkah dia.. jalan laju benar..

macam2 kedai aku lalu. ada kedai kaset ni memang heaven!! macam2 kaset indon aku borong. yang aku tak pernah dengar pun aku beli... murah sial... lagipun dia yang adjustkan harga.. aku senyap je... aan kata jangan banyak bersuara..nanti mereka tahu aku orang luar. ler.... aku ni muka malaysia.... tak samanya ngan awek-awek minang kat sana...

aku ajak dia untuk teman aku gi kedai, beli baju sweather... heaven lagi!! baju jangan cakap lah... dari jepun lagi!! harga boleh tahan kalau dah convert ke MYR.. dalam hati aku napalah 2 jam mamat ni bagi masa shoppingggg... tapi betol gak... hampir2 maghrib kedai2 sini memang dah tutup..
sambil jalan2 kami bersembang... macam ayam ngan itik aku bercakap dengan dia. tapi aku still ngan gaya cakap malaysia aku lagi.. tak bleh blah la nak cakap macam dia... tapi, dia cakap pun lebey kurang orang malaysia dah, sebab dah cakap minang nya sama.
kami sembang pasal keluarga.. oh ya. dia anak bongsu. padan lah ngan aku yang sulung. pembuka dan penutup rezeki...katanya lah. kami bergelak ketawa sepanjang berjalan tuh.
tak pernah2 dia lepaskan gengaman tangan dia. mak aiii.. tangan dah la taf... gila kuat dia pegang.. berpeluh tangan aku dibuatnya... aku kan kecik jer...

the last stop, dia ajak aku g kedai cincin @ perhiasan... so, dia belikan aku dan dia cincin yang sepasang.. cincin silver jer lah kan.. siap buat tempahan ada nama.. aan n fara. mamat tukang buat cincin dah senyum semacam kat aku...

sebelum kami pergi berkumpul balik di Jam Gadang Besar dia pesan 'malam ni kita jumpa lagi k.. kita rehat di lobby atas... aan akan call fara..'
menara tu memang satu port yang cantik... malam2 dok sana berdua... perghhh.. sejukkkkk udara tu tak terasa langsung...
ada tingkap kayu... kalau pandang terus keluar dari tingkap, akan nampak terus rumah menteri kat sana... time malam memang senyap habis... yang boleh dengar hanya bunyi makhluk fauna sahaja.
dan mungkin bisikan kami berdua sahaja... hembusan nafas kami berdua sahaja...

(pandangan hotel yang bagi aku best habis..terletak di bukit yang indah dan susana angin pagi dan malam yang sejuk sekali)

erkkkkk... malam ni kami berjumpa lagi.... bagaimana ya...










Tuesday, April 7, 2009

aku teringin untuk. untuk blah dari sini. aku rasa macam nak g dok melepak sorang2.

1. aku nak kiss seseorang pada waktu ni!!! arghhhhhh
terasa gerak mulut2 ni ha

2. aku rasa macam nak buat passport baru dan pergi melarikan diri seperti destinasi dibawah :





3. tensennya...... ada ke aku buat pendaftaran kat mpob untuk tapak semaian diaorang tak terima. soh buat baru plak tu!!! adehhhhhhhhhhhh.. sure2 mak aku bising lagi... pendaftaran kewangan pun belum buat lagiiiii

tennnnsennnn nyaaaaa!!!!

4. macam2 tensen yang ada dah ni. nak test ni macam2 hal lak yang datang....

adeh adeh adeh adeh

di malam itu kita bercumbuan

at one time mata aku bertentang dengan mata dia. setiap kali. ada jer peluang tanpa dia sedari, pasti aku melihatnya. cara dia bercakap, ketawa... alah, memang menangkap habis. tapi, aku tahu dia sedar.. kadang2 dia pun mendirectkan mata dia memandang aku. apa lagi... cepat2 aku pandang tingkap luar...

malam tu aku tidur di... ntah lupa namanya. tempat tu atas bukit... memang good view la beb. bagi aku terbaik la... bilik hotel jangan la cakap... bestttt giler... wahhhh. perasaan terbaik!!



malam tu, after g persembahan rakyat minangkabau, aku lepak kat luar lobby... aku nak relek. dengar mp3... layan perasaan... menghayati malam. bukan senang nak dapat rehat macam ni. dah g tempat orang, tak kan nak tido je kan...

tengah2 termenung, mamat ni datang kat aku, Aan. dia sembang2 ngan aku, actually aku memang nak cari peluang bersembang ngan dia. hehehe....

memula dia ajak g jalan2 pekan Padang...alamakkkk...aku bukan tak nak. hujan beb!!

kalau tak hujan, aku memang nak g. dapat gak trip percuma yang agak jarang ko dapat..

aku lebih suka mendekati rakyat tempatannya..

tapi.. kalau kat malaysia boleh la lagi. ni kat tempat orang, aku agak risau gak, ngan kondusi jalan yang agak merbahaya kat sana.

aku menolak je lah, aku kata, sembang2 jer ok what...

aku ngan dia pergi ke manara dalam hotel berkenaan... dia pegang tangan aku. aik...

atas menara tersebut memang boleh lihat kawasan kampung kat tempat tu, even gelap pun... yang penting udara malam dia... segar nya....

tetiba...

tetiba...dia purposed aku couple dengan dia. ha?? hold2!! aku rasa nak gelak... aku memang tergelak!!
adehhhh.....

tetiba ja dia peluk aku.... peluk sepeluk peluknya...

so warm... so strange inside this heart. erghhh... aku tolak dia baik2...

aku nak balik bilik la... dah awal pagi dah pun.. dah pukul 2

sedang aku turun tangga menara tu, dia tarik aku..

kami bercumbuaan...my god..

thats sweet sins of aroma.. really sweet...

ini mungkin mainan cinta, terlalu cepat jatuh cinta..

what the hell, this is the first day, fall in love with stanger