Friday, April 10, 2009

after the rain # 4

lepas abis mandi.. aku bersiap2 nak ke blik dia. ok, bukan tido k. nak g jumpa dia... bilik dia kat 1st floor... eheh... degup juga jantung aku neh... ke excited that sumthing will happen ..
ehem.. 'aan ada ? '

'ah...fara..nanti ya..'

aku tunggu kat luar bilik dia. erm.... hujan still renyai2... mata pun dah hampir nak tutup.. nak jumpa punya pasal..aku tahan jer la.

dia keluar dengan pakai baju sweather kelabu dia. aku dan dia bersembang di luar legar lobby bahagian atas bersebelahan biliknya. time tu hanya aku dan dia sahaja. kami duduk bertentang. aksi santai saja. sambil dia smoking.. dia buatkan air kopi untuk aku...
wah, time tu memang hensem la dia. relek jer... jarang sekali aku tengok orang laki serelek macam tuh. seyes. aku tak tipu.

aku berborak macam2 dengan dia. malam ni...dia pula memberitahu hal sebenar kenapa dia murung. mak dia kena strok. lumpuh separuh badan. bisnes keluarga dia having problem. then, cerita pasal diri dia.. actuallly sebelum ni dia kerja sebagai pegawai kerajaan. dia berhenti sebab banyak sangat korupsi. dia ni tak minat politic! beb..dia ada bachelor dalam perancangan dan wilayah!. memang educated person la dia... background famili pun not bad...

dia start to story life dia. kaki arak, kaki perempuan..semua disebabkan dia kecewa ngan awek dia sebab terpaksa kahwin dengan lelaki lain. tragis nya... dia, maybe the whole thing.
he look so JUJUR. seyes. aku tak tipu. dulu dia kaki dadah masa stay kat U. kaki drinking betol la. duit jangan kata lah. mak dia bagi setiap minggu. lebey jurang 500.00rm seminggu. sampaikan dadah tu dia jadi ketagih. dan mak ayah dia masukan dia g pusat pemulihan dadah.

dia kata '...mungkin fara tak percaya, tapi percayalah...kehidupan aan dulu memang gelap'

di pusat pemulihan pun dia tak berubah. last2 mak dia buat macam ni. dia suruh aan minum air basuhan kaki mak dia sendiri. sebab time tu, kedegilan dia da tahap melampau. sampaikan keluarga dia dah tak tahu macam mana nak stop kan ketagihan dia. alhamdulilah, berkat keikhlasan mak dia.. dia berjaya sembuh.

then dia nasihatkan aku.... 'kalau sekarang fara tak dapat cari kerja lagi, tak dapat sambung belajar lagi...fara duduk saja dirumah. susah kalau ayah fara tak benarkan kerja jauh2 kan. tolong mak. buatlah kerja dengan ikhlas...insya allah berkat keikhlasan fara tu akan terbalas dengan kehendak fara... minta doa dengan allah selalu ya...'

aku rasa time dia bagi nasihat yang aku tak minta tu, dia penuh relek jer bercakap. gaya santai dia menyebabkan aku boleh terima. nasihat tu juga aku bagi kat adik2 aku dalam hidup diaorang. aku aplikasikan dalam hidup aku sekarang..sebab ia terlalu dekat dengan life cycle aku rasanya...

sedang dia bercerita... dia selitkan tentang aku. dia membuat andaian tentang aku. sebab aku tak nak bagitau dia kisah aku. my god! macam ko tau2 je... kenapa aku tak boleh bercinta dengan orang lain. kenapa aku bersikap tertutup. adeh... why u?

orang yang aku jumpa tak sampai 48 hours boleh terang2 lagikan bersuluh memberi nasihat yang begitu bermakna.
sebab dia, kata2 nasihat dia... yang membuka hati aku untuk bercinta dan berkomitmen sampailah sekarang...

**********

kami sekali lagi ke menara. seyes... apa aku nak buat ni? malam tu dah hujan seyes lebat... aku berlari dengan dia ke sana.... abis basah aku kat sana... melangkah ke atas, dia menarik tangan aku... kuat gengaman dia kali ni.. erkkkk...
tak sampai lagi ke atas menara tu.. terus dia sandarkan aku pada dinding. dia merenung mata aku.. dia senyum. dia tarik anak rambut aku ke belakang. 'aan tak penah jatuh cinta begini sekali. aan tertarik sangat dengan fara. apa yang fara dah buat pada aan sampai aan begini mencintai fara...'

dia peluk aku...

'ada ramai lagi wanita yang boleh aan peluk sekarang. tapi kenapa fara?...' dia berbisik di telinga aku... aku terasa sungguh hembusan dia pada leher aku... arghhhh.... aku dah melayang...


aku memeluk dia sekuat hati aku. dalam hati aku berkata..kenapa la aku bertemu dengan engkau. kenapa la engkau bukan orang malaysia... kenapa aku bleh senang dengan engkau sekarang... aku pun jatuh cinta pada kau!!!

aku halakan muka dia pada aku... aku amat menyintai engkau. tapi aku tak pasti.. aku tak berani nak melangkah.. aku kucup bibir dia... seyes. aku tak tipu. aku memejam mata aku saat itu..

ianya berlaku hanya dengan satu pergerakan.. engkau pejamkan mata...engkau buka kan hati ... fikiran engkau melayang... tanpa aku sedari...

air mata aku mengalir... kami berhenti. 'kenapa...'

aku hanya gelengkan kepala...

dia bagaikan mengetahui.. lantas dia senyum saja.... dia menguncup dahi ku. 'jaga dirimu baik2 di malaysia nanti ya... esok malam kita yang terakhir disini..mungkin malam yang akhir aan dapat meligat gelagat mu yang nakal itu..' dia mencuit hidung ku...

kami memejamkan mata..untuk yang akhir pada malam itu... gerakan yang asyik... bagaikan tarian tanpa lagu yang didengarkan...hanya bunyi rintik2 hujan yang makin lebat.. hanya 2 perasaan yang berbuai kasih dan sayang yang tak pasti..

bagaikan tiada lagi esok untuk kami..

No comments:

Post a Comment