Thursday, April 9, 2009

hujan di petang hari kemudian kesejukan malam menghangatkan lagi suasana # 2

pada waktu petang tu kami telah dijadulkan untuk bershopping sakan di Pasar Atas, Bukit Tinggi. Mak eh.. hujan hujan la makcik2 ni nak g shopping sakan. aku cakap kat mak aku, kawan-kawan dia ni ada kilang cop duit ke? kalau ada aku pun nak masuk share...

dah la hujan, semangat dah macam dilanda angin taufan nya excited aku tengok rakan-rakan mak aku neh. dalam bus, dah canang nak beli apa
dalam bus je aku rasa ketagih nak tengok dan meusha wajah dia.. dia memang sentiasa di depan aku. dah namanya tour guide kan. so, ko membebel je lah kat sit depan.. aku memang akan lihat gelagat dia tatkala dia tak melihat aku. seyes... aku happy tengok dia bercakap... menyampaikan maklumat..macam pale otak dia dah hafal semuanya.. rasanya macam dah berpuluh-puluh buah buku dia dah baca tentang sejarah tempat dan negaranya...
tapikan..lepas dia beri info, kadang-kadang dari riak muka dia yang happy...akan terus bertukar jadi macam biasa... muka orang risau pun ada... kadang2 dia akan pandang ke luar pintu bas... ada benda yang merisaukan dia kot. macam ni lah kan kerja tourist guide, terpaksa je senyum..

dah sampai tempat yang dituju... di Jam Gadang Besar

so, makcik-makcik yang berduit ni telah diberi kan masa selama 2 jam untuk menghabiskan duit yang ada untuk berbelanja... aku? minta la duit kat mak aku... pe lagi!!

by that time... aan dengan selambanya minta kebenaran amak aku untuk berjalan akak berdating ngan aku. okey... mak aku bagi kebenaran untuk pergi jalan-jalan dengan aan. god!! memang la nak, tapi aku confius gak.. mak aku kena menderam ke apa? tak pernah2 dia se cool begini..

aan bawa aku pergi jalan-jalan di kedai-kedai baju di tepi jalan pekan sana. terkejut gak aku. even kondusi pekan memang tak semaju pekan hometown aku, tapi...branded shop memang terbaik laaaa... mata aku dah gatal2 dah...

dia pegang tangan aku... eh (kali kedua)... aku lepaskan tangan aku. aku kata, nanti ada orang nampak... dia senyum jer, dia capai lagi tangan aku... time tu hujan rintik2.. dia menarik tangan aku lagi.. langkah aku semakin cepat untuk mengejar langkah dia.. jalan laju benar..

macam2 kedai aku lalu. ada kedai kaset ni memang heaven!! macam2 kaset indon aku borong. yang aku tak pernah dengar pun aku beli... murah sial... lagipun dia yang adjustkan harga.. aku senyap je... aan kata jangan banyak bersuara..nanti mereka tahu aku orang luar. ler.... aku ni muka malaysia.... tak samanya ngan awek-awek minang kat sana...

aku ajak dia untuk teman aku gi kedai, beli baju sweather... heaven lagi!! baju jangan cakap lah... dari jepun lagi!! harga boleh tahan kalau dah convert ke MYR.. dalam hati aku napalah 2 jam mamat ni bagi masa shoppingggg... tapi betol gak... hampir2 maghrib kedai2 sini memang dah tutup..
sambil jalan2 kami bersembang... macam ayam ngan itik aku bercakap dengan dia. tapi aku still ngan gaya cakap malaysia aku lagi.. tak bleh blah la nak cakap macam dia... tapi, dia cakap pun lebey kurang orang malaysia dah, sebab dah cakap minang nya sama.
kami sembang pasal keluarga.. oh ya. dia anak bongsu. padan lah ngan aku yang sulung. pembuka dan penutup rezeki...katanya lah. kami bergelak ketawa sepanjang berjalan tuh.
tak pernah2 dia lepaskan gengaman tangan dia. mak aiii.. tangan dah la taf... gila kuat dia pegang.. berpeluh tangan aku dibuatnya... aku kan kecik jer...

the last stop, dia ajak aku g kedai cincin @ perhiasan... so, dia belikan aku dan dia cincin yang sepasang.. cincin silver jer lah kan.. siap buat tempahan ada nama.. aan n fara. mamat tukang buat cincin dah senyum semacam kat aku...

sebelum kami pergi berkumpul balik di Jam Gadang Besar dia pesan 'malam ni kita jumpa lagi k.. kita rehat di lobby atas... aan akan call fara..'
menara tu memang satu port yang cantik... malam2 dok sana berdua... perghhh.. sejukkkkk udara tu tak terasa langsung...
ada tingkap kayu... kalau pandang terus keluar dari tingkap, akan nampak terus rumah menteri kat sana... time malam memang senyap habis... yang boleh dengar hanya bunyi makhluk fauna sahaja.
dan mungkin bisikan kami berdua sahaja... hembusan nafas kami berdua sahaja...

(pandangan hotel yang bagi aku best habis..terletak di bukit yang indah dan susana angin pagi dan malam yang sejuk sekali)

erkkkkk... malam ni kami berjumpa lagi.... bagaimana ya...










2 comments:

  1. pergh!!! mendinding aku wkakk pat lew masukkan sambungan dia adoaiiii!!! sajer jew nak libas nafsu aku kan caker tul!!!

    ReplyDelete
  2. kahkahkah.... nantilah.. biar mood aku mai dulu. erkkkkk...

    ReplyDelete